One Completed Soul Takes Two Brave Hearts

One Completed Soul Takes Two Brave Hearts

Friday, July 4, 2008

KOMIK CICAK-MAN DILANCARKAN DI SINI

Oleh
Adli Yashir Kuchit (Berita Harian)




KISAH-KISAH Superman, Batman dan Spiderman bermula daripada komik sebelum dijadikan filem.
Wira berkuasa ajaib atau superhero Malaysia, Cicak-Man, pula terbalik.
Komik superhero reptilia itu diterbitkan hanya setelah filemnya mendapat sambutan hangat di sini dan di Malaysia.

Siri komik itu dilancarkan kelmarin di Bukit Panjang Plaza.
Berucap pada pelancaran komik itu, Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Hong Kah, Encik Zaqy Mohamad, berkata idea kreatif ada banyak potensi untuk berkembang dan berdaya maju.

'Seperti yang dibuktikan oleh Cicak-Man, daya kreativiti adalah salah satu kekuatan orang Melayu dan oleh itu kita harus memanfaatkan kekuatan ini.
'Ini lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang mempunyai tenaga dan pelbagai idea-idea kreatif yang baik,' ujar beliau.

Namun Encik Zaqy mengingatkan bahawa kreativiti sahaja tidak mencukupi.
'Pengetahuan harus mencakupi banyak cabang asas lain seperti pemahaman tentang perniagaan, pasaran dan penggunaan teknologi.
'Untuk berjaya, kita juga perlu berani mengambil risiko, rajin menimba pengalaman dan pandai membina dan menjalin rangkaian,' tambahnya.

Encik Zaqy turut menyebut bahawa industri media interaktif merupakan antara bidang yang ingin dibangunkan oleh Penguasa Pembangunan Media (MDA) yang menawarkan pelbagai peluang kepada yang berminat.

Komik bersiri setebal 40 muka surat itu mula dipasarkan di Malaysia pada Mei lalu sebelum diedarkan di sini.

Pihak penerbit juga mempunyai rancangan untuk mengedarkan majalah itu ke Brunei.
Sementara itu, filem susulan Cicak-Man akan mula ditayangkan November ini.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KRU Capital, Encik Norman Abdul Halim; dan pengarah filem Cicak-Man, Encik Yusry Abdul Halim.
Komik Cicak-Man boleh didapati di kedai-kedai buku dengan harga $2.90.

11:11 + + Ain + + (0) RAGED!!!